Tuesday, 25 July 2017

DISEBALIK LENSA PULAU IBOL





Laut dan sungai kami redah,bukit dan gunung kami daki demi untuk tanggungjawab yang kami galas.Gambaran sebenar semasa kerja-kerja pengukuran tanah Tuanku Sultan Johor di Mersing.

Wednesday, 19 July 2017

CERAPAN GNSS PASUKAN CRM DI PORT DICKSON,NEGERI SEMBILAN

Team CRM Kota Tinggi telah membuat cerapan kalibrasi GNSS dengan jayanya bersama semua pegawai CRM Johor di Tapak Pillar GNSS di Port Dickson Negeri Sembilan.Kalibrasi turut dibantu oleh pegawai CRM Jupem N9.Turut hadir Tuan Juruukur Daerah Kota Tinggi,Sr.En.Ismail bin Hussin.

SUKAN ANTARA JABATAN BANGUNAN SULTAN ISKANDAR 2017

Untuk bulan Julai 2017 adalah acara badminton dipertandingkan.Pejabat Ukur mendapat tempat ke-2.Tahniah kepada semua pegawai dan pemain.Persedian mental dan fizikal juga untuk ke Pesuma 2017 di Kelantan akhir Ogos nanti.Semoga berjaya.

JALINAN MESRA AIDILFITRI BANGUNAN SULTAN ISKANDAR 2017

Saban tahun Pejabat Ukur Daerah Kota Tinggi turut bersama mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Bangunan Sultan Iskandar 2017.Berbagai juadah disediakan untuk hadirin yang hadir.

JUN 2017 :TAKLIMAT BULANAN JURUUKUR DAERAH

Taklimat bersama pegawai-pegawai dan kakitangan.Banyak perkara dibincangkan.

Wednesday, 5 July 2017