1.
Pulau ibol
Pulau Ibol telah
diisytiharkan sebagai salah satu Taman Laut .Taman Laut Pulau Tinggi terdiri
daripada perairan di sekitar 13 pulau termasuk Pulau Harimau, Pulau Mensirip,
Pulau Goal, Pulau Besar. Pulau Tengah Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Tinggi,
Pulau Mentinggi, Pulau Sibu, Pulau Sibu Hujung, Pulau Pemanggil dan Pulau
Aur. Pulau-pulau ini terletak di timur laut pantai di Negeri Johor dan
terletak di antara 8 ke 35 batu nautika dari Mersing. Gugusan pulau dan
perairan sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut dalam tahun 1994 di
bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).
|
||
Topografi pulau-pulau ini
dicirikan oleh pinggiran pantai yang sempit, meninggi ke rabung dan tubir
berbatu. Ketinggian bukit-bukit ini boleh dianggarkan menjangkau sehingga ke
600m di Pulau Tinggi. Pinggiran pantai terdiri daripada pantai pasir halus yang
dipenuhi dengan lapisan batu dan pantai lanar yang berpunca dari laut.
Sebahagian besar pedalaman pulau dipenuhi hutan, dengan pokok buah-buahan dan
kelapa memenuhi sekeliling kampung dan rumah-rumah rehat.
|
||
Pulau-pulau ini didominasi
oleh batu-batu granit yang tidak berbeza atau dilapisi bahan enapan Permian
yang terdiri daripada phyllite, batu loh dan batu shal atau batu pasir yang
tidak penting. Julat saiz batu-batu bergranit ini adalah dari sebesar
bongkah-bongkah hinggalah ke batu-batu buntar yang bersaiz kecil akibat dari
pendedahan kepada ombak dan cuaca secara berterusan.
|
||
Iklim gugusan pulau ini
adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C
walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu
siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim monsun adalah di
antara bulan November dan Mac. Pada waktu ini, hujan lebat dan lautan di
sekeliling bergelora, sehinggakan gugusan pulau ini sukar dihubungi dengan
bot.
|
||
Aktiviti ekonomi utama di
pulau ini adalah pelancongan dan menangkap ikan. Pembangunan pelancongan
sebahagian besarnya bertumpu di Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau
Pemanggil dan Pulau Aur. Pulau-pulau ini berkepadatan jarang, dengan dihuni
oleh lebih kurang 370 keluarga.
Taman Laut adalah kawasan
perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut
terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan
Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika
dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan
memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.
|
Tentang Pulau Ibol
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment